Monday, November 23, 2015

Kacau - bilau

Beting. Ahad ni dah kena ada dekat Beting . Class dah nak start. Malasnya . Kena menghadap komander bagai tu lagi la aku malas. Kekadang aku perasan , diorang ni baik . Kekadang bad mood dia tahap fuhhh. Memang angin satu badan. Anyway , nak buat macam mana . Mana boleh kutuk-kutuk tempat tuntut ilmu . Oh! aku tak update pun kat sini yang sekarang aku study kat UITM cawangan Beting , N9 .Malas betul nak update kadang-kadang . Dulu sbb takde laptop lagi , ada la alasan kan . Nak tutup blog ni .. Tapi sayang , blog ni dah lama membiak . Kalau tutup , rindu pulak nak update kan . Jadi, Tak payah tutup lah. Aku update je blog ni sampai putus nyawa. Sebab sayang kan .


Balik semula ke topik Beting tadi ,  Aku malas. Faham tak maksud malas tu macam mana ? Perasaan malas tu sendiri yang memaksa kita utk baring je dalam bilik. Sepanjang hari . Duduk dalam selimut. Sambil pasang air-cond kuat-kuat. Nikmat-nikmat. Tapi , mak aku cakap kalau duduk camtu jadi orang takpe , ni takut tak jadi orang . Opssss . Lupa nak tanya dia , takut jadi apa kan :] Seram gak gitu.

So cuti ni apa aku buat ? Tak tahuuuuuu. Jangan tanya benda seram tu . Aku , lepak kat rumah je . Macam remaja-remaja yang lain . Baru perasan , cuti ni sekali je aku drive lepak ngan member. Sebenarnye , bukan malas nak bawak kereta . Tapi .. Rasa trauma accident hritu ada lagi . Siot betul , Sampai sekarang kot rasa . Haritu pun mak aku banyak kali . Banyak Kaliii. Bagi warning mcm ni 

KO BAWAK KERETA ELOK-ELOK NINA , JANGAN CALAR SIKIT PUN KERETA TU . DENGAR TU !

Siape tak seram ? Mak aku ni cuba move on . Cerita lama kot . Kalo Abah aku 

NA , KO DRIVE JE MCM MANA PUN, BILA LAGI NAK BAWAK KAN ?

Abah aku yang win :)

At last, aku bawak jugak kereta ituu. Dengan jayanyaaa. tanpa melanggar siapa-siapaaa. 
Dah ler , 

Jadi, wish me luck untuk sem baru . 

SEM BARU ! WAJAH BARU ! NAFAS BARU ! 
Assalamualaikum 


No comments: